Pelarasan Brek gelendong

Brek gelendong terawal (sebelum tahun 1955) memerlukan pelarasan berkala bagi menyesuaikan dengan tahap kehausan kasut brek dan gelendong. Jika tidak dilaras dengan betul, kehausan pada kasut brek akan mengakibatkan gerak bebas injak brek yang terlampau besar. Jika keadaan ini berteruskan, ia akan mengakibatkan brek gagal berfungsi apabila injak brek sudai sampai ke dasar lantai kereta.

Pelarasan brek secara manual seperti yang masih digunakan pada sesetengah motosikal memerlukan pengguna memutarkan nat atau skru pelaras pada bahagian gelendong brek. Proses ini mudah dilakukan pada motosikal, tetapi jika dilakukan pada kereta pula ia memerlukan pengguna meniarap di bawah kereta.

Pelarasan secara automatik pada kebanyakan brek gelendong kereta moden dilakukan melalui mekanisme gear sala yang bertindak apabila brek tangan digunakan. Sekiranya pergerakan tuas brek tangan melebihi jarak tertentu, gear sala tersebut akan memutar skru pelaras yang melaras kasut brek ke gelendong.